Sebab-sebab kegagalan buah
pinggang kronik
Bagi post terbaru blog kami ingin
menbicarakan tentang punca berlakunya kegagalan buah pinggang kronik.Penyakit
dan punca-punca yang biasanya menyebabkan kegagalan buah pinggang kronik
termasuk:
1. Diabetis
jenis 1& 2 yang membawa kepada nefropati diabetis
2. Tekanan
darah tinggi (hipertensi)
3.Glomerulonephritis
(keradangan yang menyebabkan kerosakan pada sistem penapisan buah pinggang)
4. Polycystic
( buah pinggang lebih besar dari normal di sebabkan pertumbuhan sista
5. Atherosclerosis(pengerasan & penyumbatan arteri yang menyebabkan nefropati iskemia)
6. Halangan kepada aliran air kencing disebabkan batu karang,pembesaran prostat,penyempitan
saluran atau kanser
7. Refluks
vesicoureteral (keadaan pembalikan air kencing ke buah pinggang)
8. Pyelonephritis
(jangkitan buah pinggang yang berulang)
9. Ganguan
autoimun (contoh:sistemik lupus erythematous & scleroderma)
10. Penggunaan ubat-ubatan tertentu untuk
tempoh yang berpanjangan seperti analgesik,ubat antiradang bukan
steroid(NSAID) & antibiotik tertentu.
11. keadaan-keadaan lain seperti jangkitan
HIV,penyakit sel sabit ,amyloidosis & sebagainya
No comments:
Post a Comment