Language/Bahasa

Saturday, 15 December 2012

KEGAGALAN BUAH PINGGANG AKUT



Definisi
Kegagalan buah pinggang akut berlaku apabila fungsi buah pinggang seseorang itu merosot secara mendadak.  Kadar penurasan glomerulus, tekanan darah dan ujian kencing adalah antara parameter yang digunakan untuk mengukur fungsi buah pinggang.

Faktor risiko
Kegagalann buah pinggan akut boleh dibahagikan kepada tiga:



  • Pre-renal

Tekanan darah turun secara mendadak akibat daripada kecederaan parah dan penyakit atau disebabkan oleh saluran darah ke buah pinggang terganggu.


  •  Intra-renal
Inflamasi, toksin, dadah, jangkitan dan kekurangan bekalan darah menyebabkan .kerosakan buah pinggang.


  • Post-renal
Kerosakan disebabkan oleh pengaliran air kencing terhalang dalam saluran akibat daripada prostat membesar, batu karang, tumor pundi kencing atau kecederaan.



No comments: