Language/Bahasa

Tuesday, 25 December 2012

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEGAGALAN BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR??

 Kegagalan buah pinggang tahap  akhir berlaku apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Pesakit yang telah berada di tahap akhir kegagalan buah pinggang terpaksa bergantung kepada dialisis untuk seumur hidup melainkan mereka menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.


SIAPAKAH YANG BERISIKO UNTUK MENGALAMI KEGAGALAN BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR?



Penghidap kencing manis
  •   kencing manis merupakan penyebab utama yang boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang tahap akhir. Mereka yang menghidap diabetes tidak dapat mengunakan glukos dengan sebaiknye menyebabkan glukos berkumpul di dalam darah. Keadaan ini boleh membawa bahaya kepada system badan. Satu pertiga daripada mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir merupakan penghidap kencing manis.

Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi (hipertensi)
  • tekanan darah tinggi adalah penyebab kedua yang boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang. Keadaan ini boleh mengganggu fungsi buah pinggang di mana ia boleh merosakkan salur darah yang berada di kawasan buah pinggang, menyebabkan buah pinggang gagal untuk menapis bahan buangan yang terkumpul di dalam darah.

Mereka yang mempunyai sejarah penyakit glomerular
  •  keadaan ini merupakan penyebab ketiga  kepada kegagalan buah pinggang di mana ia boleh merosakkan glomeruli yang berfungsi untuk menapis darah di dalam buah pinggang.

Pengambilan ubat- ubatan
  •  pengambilan ubat- ubatan secara berlebihan yang didapati secara terus dari kaunter ataupun penyalahgunaan ubat- ubatan yang tidak dibenarkan boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang.

No comments: