Language/Bahasa

Wednesday 5 December 2012

UBAT & DADAH UNTUK KEGAGALAN BUAH PINGGANG PERINGKAT AKHIR



Angiotensin menukar enzim (ACE) inhibitors atau reseptor angiotensin II-blockers: di gunakan untuk menurunkan tekanan darah justeru memelihara fungsi buah pinggang. Hipertensi mengurangkan fungsi buah pinggang & punca ketidakseimbangan elektrolit. Ubat ini bukan sahaja mengurangkan tekanan darah tetapi juga melambatkan kehilangan fungsi buah pinggang.



Ubatan Statin- di gunakan untuk menurunkan tahap kolesterol darah. Pesakit dengan kegagalan buah pinggang biasanya mengalami tahap kolesterol LDL yang tinggi yang membawa kepada penyakit jantung.  




Ejen perangsang Erythropoietin -ubat yang digunakan untuk menbentuk kembali anemia dengan mendorong pengeluaran RBC yang boleh menyelesaikan keletihan dan kelemahan yang dikaitkan dengan anemia. ESAs meniru hormon erythropoietin yang membantu badan menghasilkan RBC. Biasanya diambil dengan pengambilan besi tambahan.




Ubatan diuretik –di gunakan  untuk melegakan bengkak atau pengekalan air yang dipanggil edema. Diuretik membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan dengan membantu memgeluarkan cecair badan berlebihan. Kesan sampingan: pening, kerap membuang air kecil.






     Vitamin D & kalsium tambahan-Untuk melindungi tulang dari penyakit tulang dengan mencegah tulang daripada lemah dan mengurangkan risiko ia patah. Keabnormalan Vitamin D adalah biasa dalam ESRF akibat kegagalan buah pinggang untuk menukar vitamin D kepada bentuk aktif dimana badan boleh menggunakanya.
Ubatan pengikat Fosfat -mengurangkan jumlah fosfat dalam darah (hyperphosphatemia adalah perkara biasa di ESRD) seterusnya meningkatkan jumlah kalsium yang terdapat dalam tulang. Pengikat Fosfat bertindak dengan menyerap jumlah lebihan fosforus dari makananyang di ambil. Contoh pengikat fosfat adalah sevelamer.

Cinacalnet HCL (sensipar)-berkesan dalam menurunkan peningkatan paras hormon paratiroid yang tinggi. Menberi beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah dan kadar kalsium yang rendah dalam darah untuk sementara waktu





Natrium Bikarbonat –di gunakan apabila terbentuknya asidosis metabolik. Diambil secara oral dengan langkah berjaga-jaga memandangkan ubat ini meningkatkan tahap natrium.




No comments: