Language/Bahasa

Tuesday 25 December 2012

FOSFORUS DAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Apa itu fosforus??
- Fosforus merupakan sejenis mineral yang membantu mengekalkan kekuatan dan kesihatan tulang.

Apakah kaitan di antara fosforus dan penyakit buah pinggang?
- Kegagalan buah pinggang boleh menyebabkan aras fosfat di dalm darah meningkat. keadaan ini boleh mengakibatkan kegatalan kulit, sakit sendi dan kehilangan kalsium daripada tulang. Oleh itu, mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan fosforus yang tinggi dan sederhana.


Di bawah merupakan panduan pengambilan fosforus bagi pesakit buah pinggang:

PANDUAN UNTUK MEMILIH MAKANAN YANG MENGANDUNGI FOSFORUS
Daripada memilih makan yang tinggi kandungan fosfat
pilih makanan yang mengandungi rendah kandungan fosfat
Tenusu dan tenusu gantian
8 auns susu
8 auns krimer bukan tenusu atau 4 auns susu
½ cawan aiskrim
½ cawan sorbet atau 1 popsikel(es loli)
½ cawan kastard atau puddingyang dibuat dari susu
½ cawan pudding atau kastard yang dibuat dari krimer bukan tenusu
Susu bermalt
Teh, epal sider panas
Beras perang
Beras putih, barli
Biskut: beli di kedai, bercampur dan disejukkan
Biskut: buat sendiri- gunakan penukaran serbuk penaik seperti di bawah**)
Mufin: semua beli dikedai, campuran, bran buatan sendiri dan perisa bran oat
Mufin: buatan sendiri, dibuat menggunakan tepung putih (gunakan penukaran serbuk penaik seperti di bawah**)
Daging dan protin lain
Ikan kap, udang laut, hati lembu, hati ayam, telur ikan, tiram, ikan sardine dan organ haiwan
Daging lembu yang tidak berperisa, daging ayam, daging babi, ayam belanda, daging anak lembu, ikan dan telur
Sayur- sayuran dan buah- buahan
Kacang lima/ kacang pinto
Sayuran campuran atau kacang hijau
Buahan kering, prun, jus buah prun
Buahan segar atau buahan dalam tin seperti epal, pir, beri, anggur, tembikai,
Minuman
Minuman ringan cola
Minuman ringan bukan cola (ale halia, soda berperasa lemon, root beer)
Teh ais dengan tambahan fosfat
Teh ais buatan sendiri
Koko, coklat panas
Teh, cider epal panas
Snek dan item lain (pelbagai)
Kacang
Popcorn tanpa garam
Kacang, mentega kacang, bijana atau biji bunga matahari. Elakkan makan biji labu
Popcorn tanpa garam, chips jagung tanpa garam
Bar coklat
Gula-gula keras, gula- gula berperisa buah atau jeli kacang
** serbuk penaik mengandungi kandungan fosfat yang tinggi. sebagai alternatif untuk mengurangkan kandungan fosfat, gantikan 1 sudu teh serbuk penaik dengan campuran 1/4 sudu teh baking soda dan 1/2 
sudu teh tartar krim. 

pelbagaikan pengambilan sayur- sayuran

senarai makanan yang tinggi kandungan fosforus

No comments: