Language/Bahasa

Tuesday 25 December 2012

MEDICAL NUTRITION THERAPHY FOR ACUTE RENAL FAILURE

Pengurusan diet untuk pesakit kegagalan buah pinggang akut bertujuan untuk mengelakkan buah pinggang dari mengalami kerosakan yang lebih teruk dan juga untuk memastikan pesakit mendapat nutrisi yang secukupnya. 

Disertakan di sini adalah kuantiti pengambilan mikro dan makronutrient yang disarankan untuk pesakit buah pinggang akut:
 
Nutrien
Preskripsi yang dicadangkan
Rasional
Tenaga
30- 35 kcal/kg berat badan
Berdasarkan kepada status pemakanan dan tahap stress pesakit.
Protein
Pesakit tanpa dialisis   :               0.8-1.2 g/kg
Pesakit dengan haemodialisis :    1.2-1.5 g/kg
Pesakit dengan CAPD : 1.2-1.3 g/kg
Pesakit dengan CCPD : 1.2-1.3 g/kg
Pesakit dengan CRRT  : 1.5-2.0g/kg
Pengambilan meningkat apabila GFR (kadar penapisan glomerular) kembali normal. Protein yang tinggi nilai biologi perlu diambil sekurang- kurangnya 60%.
Sodium
2-3 g sehari
Bergantung kepada pengeluaran air kencing, tekanan darah, edema, dialysis dan paras serum sodium; diperlukan untuk menggantikan sodium yang hilang ketika fasa diuretik
Sodium yang berlebihan boleh menyebabkan penahanan cecair di dalam badan.
Potassium
2-3 g sehari
Bergantung kepada pengeluaran air kencing, dialysis dan paras serum potassium; diperlukan untuk menggantikan kehilangan potassium ketika fasa diuretik
Potassium yang berlebihan boleh mengakibatkan komplikasi pada jantung dan saraf.
Cecair
24- jam pengeluaran air kencing + 500 ml
Berdasarkan sodium dalam air kencing dan jumlah pengeluaran air kencing.
Fosforus
Hadkan seperti yang diperlukan
Lebihan fosforus boleh menyebabkanpenurunan perkumuhan fosforus oleh buah pinggang dan meningkatkan pembebasan fosfat ke dalam sel.
 Fosforus juga boleh bertindakbalas dengan kalsium untuk melemahkan tulang.
Fosforus mempunyai kesan negative terhadap tisu jantung, salur darah dan peparu.
Magnesium
Hadkan seperti yang diperlukan
Lebihan magnesium boleh memberi kesan kepada sistem saraf, kardiovaskular dan neurologi.
Kalsium
1.0-1.5 g sehari
Mungkin memerlukan makanan tambahan seperti yang diperlukan.
Vitamin/ Mineral
Tambah seperti yang diperlukan
Mungkin memerlukan suplemen untuk vitamin larut lemak dan larut air terutamanya vitamin B & C
 
Ini merupakan saranan pengambilan makanan untuk pesakit kegagalan buah pinggang akut yang boleh dijadikan panduan dalam pemilihan makanan seharian. Sekiranya anda tidak memahami bagaimana untuk mengaplikasikan saranan ini dalam pemakanan seharian, jangan risau! Dietitian- dietitian terlatih sedia untuk membantu anda.Berjumpalah dengan mereka sekarang dan mereka akan membantu anda sebaik yang mungkin untuk memsatikan anda mendapat pengambilan makanan yang secukupnya berdasarkan keadaan kesihatan dan tubuh badan anda.

No comments: