Language/Bahasa

Friday 9 November 2012

JENIS- JENIS KEGAGALAN BUAH PINGGANG


KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Bagaimanakah keadaan yang boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi degan baik? Biasanya organ ini dikatakan gagal apabila ia mempunyai ciri- ciri berikut:

  •  Penurunan dalam Kadar Penapisan Glomerular                                                
  •  Pengumpulan sisa produk nitrogenous
  •  Gangguan pada elektrolit air dan imbangan asid bes.


JENIS- JENIS KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Kegagalan buah pinggang boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

  • Kegagalan jenis akut
  • Kegagalan jenis kronik
  • Kegagalan tahap akhir



Sekarang mari kita pergi lebih mendalam kepada setiap jenis kegagalan buah pinggang…

Kegagalan Jenis Akut

-          Fungsi buah pinggang berhenti secara tiba-tiba disebabkan oleh sisa- sisa buanagn yang terkumpul di dalam darah. Keadaan ini berlaku apabila fungsi buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari darah dan meletakkannya di dalam urin untuk dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing tidak lagi dapat dilakukan. Keadaan ini boleh berlaku secara mendadak dan boleh berlaku secara sementara sahaja.

Kegagalan Jenis Kronik

-          Keadaan di mana kegagalan buah pinggang beransur- ansur bertukar kepada kegagalan buah pinggang secara kekal yang mana keadaan ini bertambah teruk dalam masa beberapa tahun.

Keadaan ini biasanya berkembang secara perlahan- lahan dalam tempoh minimum 3  bulan dan boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang kekal. Pengesanan awal dan rawatan terhadap punca asas penyakit ini dapat menghalang perkembangan penyakit ini kepada tahap yang lebih teruk.

Kegagalan Tahap Akhir

-           Keadaan di mana buah pinggang gagal berfungsi secara kekal. Buah pinggang kebiasaannya akan perlahan- lahan berhenti berfungsi dalm tempoh 10 hingga 20 tahun sebelum ia berhenti berfungsi sepenuhnya.

-          Ketika ini terdapat 2 rawatan untuk pesakit yang menghidap kerosakan buah pinggang tahap akhir; samada pesakit menjalani dialysis (Hemodialisis, CAPD) ataupun menjalani penggantian buah pinggang baru daripada penderma.


No comments: