Language/Bahasa

Tuesday 30 October 2012

Organ Berbentuk Kekacang – Ginjal



Manusia yang sempurna dan sihat dikurniai dua buah pinggang.  Penyakit buah pinggang meningkat berijutan penigkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang lain seperti darah tinggi dan penyakit kencing manis.  Ramai yang tidak tahu berkenan penyakit ini memandangkan ia kelihatan lebih rumit berbanding penyakit-penyakit tidak berjangkit yang lain.  Adakah anda tahu apakah itu organ ginjal atau buah pinggang?? Dan apakah sebenar fungsi buah pinggan kita?  Apakah yang akan berlaku  jikalau buah pinggang kita rosak?

Tujuan kami di sini adalah ‘membuat anda tahu/faham’ mengenail organ buah pinggna kita! Jom, sama-sama kita meneroka keunikan buah pinggang kita!

Sebelum itu, kita haruslah tahu bagaimana rupa bentuk buah pinggang kita.

Kami tak bohongkan? Bentuk buah pinggang memang sebiji dengan bentuk kacang merah!

Baiklah, sekarang anda dah tahu rupa bentuk buah pinggang, mungkin anda tertanya-tanya, dimana agakbya buah pinggang kita berada?  Inilah dia.



Seperti mana yang anda boleh lihat dalam ilustrasi di atas, buah pinggang kita berada di atas ruang abdomen.  Posisi ginjal kiri lebih tinggi daripada ginjal kanan kerana adanya hati yang memenuhi ruang sebelah atas ruang abdomen.


Sekarang kami akan tunjukkan sturktur dalaman buah pinggang kita, apakah komponen-komponen yang terdapat dalamnya.  Sila rujuk illustrasi di bawah:





Inilah komponen-komponen yang membolehkan buah pinggang kita berfungsi sebagai ‘penapis’.  Perhatikan component yang berbentuk Gingko biloba (kidney medulla), sinilah tempat segala proses penapisan berlaku.  Ia terdiri daripada berjuta-juta subunit yang dikenali sebagai ‘nefron’.






Ok, anda mesti tertanya-tanya, apakah sebabnya kami tunjukkan gambar sabun mandi sedangkan dari awal sampai sekarang tak habis-habis bincang pasal buah pinggang, tiba-tiba saja tunjuk gambar sabun.  Apa kaitan sabun dengan buah pinggang kita?




No idea??  Aha!  Inilah kerja kami untuk bagitahu anda.  Sebenarnya, organ buah pinggang adalah hanya sebesar seketul sabun sahaja!  Unikkan bagi sebuah ogan yang sangat kecil ini tetapi dapat melakukan berbagai-bagai fungsi, bak kata pepatah, kecil-kecil cili api.

Sekarang lihatlah, bacalah serba sedikit tentang fungsi-fungsi buah pinggang kita:
  1. Regulasi composisi ionic dalam darah – Na­­­+ , K+, Ca2+, Cl-, HPO42-.
  2.   Regulasi pH darah.
  3. Regulasi volume darah.
  4.  Regulasi tekanan darah – renin (renin-angiotensin-aldosterone pathway)
  5.  Penyelenggaraan osmolarity darah.
  6.  Penghasilan hormone -  calcitriol (homeostatsis kalsium) & erythropoietin (penghasilan sel darah merah)
  7.  Regulasi gula dalam darah – gluconeogenesis.
  8.   Mengeluarkkan bahan buangan dan bahan asing dalam badan – urea & toksik






Ok, itu adalah asas yang perlu anda ketahui tentang organ buah pinggang.  Mari kita tinjau pula penyakit-penyakit yang boleh datang daripada organ kecil ini. Jikalau anda ingin tahu secara lebih lanjut tentang topic ini, sila tinggalkan komen/pesanan anda, kami akan cuba untuk menjawab pertanyaan anda.

Ribuan terima kasih kami tujukan kerana mengambil masa membaca artikel ini.  Sekian, jumpa  lagi.





No comments: